Bukak youtube layan lagu sambil menikmati kopi yang dibancuh tadi, ditemani oleh 2 orang kawan serumah yang sedang sibuk berborak pasal kereta dan masa depan. Dari pukul 9 tadi, aku sibuk membelek gambar - gambar lama yg di post di facebook oleh kawan - kawan zaman kecil dulu. Tiba - tiba terdetik hati untuk menulis satu blog tentang zaman kanak - kanak aku dulu yang rasanya awesome kot bagi diri aku, hahaha gelak daku sambil cekak pinggang. Rasanya blog yang aku nak post ni santai - santai je boleh layan sambil makan kuaci, hehe
Tadi aku saja memotong percakapan dua orang kawan aku yang sedang rancak tadi, aku bertanya tentang zaman kanak - kanak mereka, ternyata banyak juga persamaan pengalaman kanak -kanak mereka dengan aku. Nak dijadikan cerita, benda yang paling aku teringat masa zaman kanak - kanak aku dulu is makanan ringan lah, hehe, mesti ramai yang suka makan makanan ringan masa kecik - kecik dulu kan? hehe. Jom kita ingat balik nostalgia zaman budak budak dulu..
Sebelum mula bercerita, aku menghirup sedikit air kopi yang sudah aku bancuh tadi, hehe. Ok, mula - mula sekali, aku ingat lagi, makanan ringan yang aku selalu beli dekat makcik van warna kelabu dekat bawah pokok besar depan pintu utama sekolah adalah asam hawflakes ! aku tak tahu kalau korang ingat nama dia tapi ni ada gambar nya, rasanya baru korang ingat kot
Haa ni laa dia yang aku maksudkan tu, makanan ni dalam kalangan feveret juga lah, sebab murah and beli banyak - banyak sekali, satu ni 10 sen tak silap, setengah orang suka makan sekali banyak terus tapi aku suka makan satu - satu supaya dapat rasa nikmat dia, hehe sekarang ni susah nak cari makanan ringan ni lagi, rasa rasanya makcik van kelabu yang jual benda ni dulu pun dah tak jual agaknya.
Tak tahu lah apa nama gula gula ni, tapi aku dengan kawan kawan semua panggil gula gula ni, gula gula udang, sebab ada gambar udang. Seposen dapat 2, special nye gula gula ni, dia ada pembalut yg transparent dekat dalam tapi boleh makan tau !
Haa yang ini pula nama dia gula gula arnab, kalau gula gula ni aku selalu beli masa lepas balik tusyen dulu, kalau tak beli maka tak lengkap lah malam aku, hehe, gula gula ni aku masih ingat lagi dia ada pembalut yang tak nampak tapi boleh je makan sebenarnya, sama je macam gula gula udang dekat atas tadi, kalau dulu memang makan terus sebab tak ingat pun ada pembalut tu, tapi rasa dia masih sedap ! Harga gula gula ni 10 sen boleh dapat 2, so setiap malam lepas habis tusyen akan aku habis kan 50 sen dekat kedai yg jual gula gula ni, hehe
Haa yang ni nama dia gula gula hantu, kalau makan gula - gula ni lidah mesti tukar colour, contohnya kalau makan gula gula yang warna biru nanti bertukar lah warna biru dekat lidah tu, dulu gula gula ni popular sampai setiap kali habis sekolah je gula - gula ni lah budak budak akan beli dan akan cepat habis, harga 20 sen tak silap, tapi memang kegemaran juga makanan ringan ni, hehe
Okay, cukup cerita pasal makanan ringan zaman kanak - kanak, sekarang ni nak cerita permainan yang aku main zaman dulu dulu. Kalau dulu aku masih tak ada lagi permainan budak budak sekarang, playstation lah xbox lah, psp lah and macam macam lah, umur budak tadika pun sekarang dah pandai main benda - benda macam ni
Masa zaman kanak - kanak dulu, permainan yang aku suka main masa dengan adik adik aku dulu suka main game yang macam ni, budak budak sekolah pun ramai je yag main game ni
Haa sekarang ingat tak? If tak ingat, cara main dia mula - mula kena lukis table macam dekat atas ni, then buat kategori - kategori ikut kreativiti masing - masing lah. Lepas dah siap semua ni, then tentukan siapa yang start dulu. Contohnya, adik lelaki aku dapat jalan dulu, so cara main dia macam ni. Mula - mula dia kena pilih satu huruf yang dia nak. Dalam kes kat atas ni, dia pilih huruf J, so kami adik beradik kena lah isi table masing - masing dengan huruf J mengikut kategori yang ada. Kalau ada word yang tak ada start dengan J, so biarkan kosong atau letak (-) , setiap satu perkataan 20 markah, dan ada 30 saat sahaja untuk penuhkan semua table ni, lepas dari 30 saat kena tunjuk kertas masing - masing.
Bagi aku, game macam ni lah bagus untuk bebudak. Dapat belajar bahasa melayu and matematik pada masa yang sama, di samping itu, boleh merapatkan hubungan sillaturahim bersama adik - beradik, baru lah ada memori nak cerita cerita masa dah tua nanti kan? hehe
Bila umur dah meningkat, kami adik beradik main permainan nama dia 'bingo' . Siapa yang tak pernah main permainan ni, rasanya tak lengkap lah zaman kanak - kanak dia.
Cara main dia macam ni, mula - mula kena tentukan giliran, lepas tu kena buat 5x5 table macam kat atas ni. Kalau macam aku, tak payah susah - susah nak buat macam kat atas ni, aku dengan adik - adik aku guna buku latihan matematik je senang, lepas tu susun lah nombor dekat dalam kotak tu ikut kreativiti masing - masing, lepastu semua orang kena sebut nombor yang dia nak, siapa yang cepat habiskan perkataan B.I.N.G.O tu dia lah pemenang. Kalau ada yang jahat tu dia akan main tipu dengan tanda nombor yang dia tak ada untuk penuhkan perkataan B.I.N.G.O tu.
Bila naik darjah 6 macam tu,, masa zaman tu ramai budak budak tengah gilakan permainan Monopoly, tapi sebabkan mahal Monopoly tu, maka beli Saidina je lah, sebab game nya pun lebih kurang je sebenarnya. Tapi dulu nak dapatkan Saidina ni susah sebab harga dia pun boleh tahan mahal dulu, so aku dengan adik - beradik aku pakat kumpul duit beli permainan Jutaria, aku ingat lagi harga dia 4 ringgit je masa tu, game dia sama cuma kertas dia nipis and senang koyak kalau kasar kasar sangat, masa ni dapat main pun dah kira okay tak ada nak komplen komplen, haha, memori aku yang paling tak boleh lupa masa mak aku join sekali main benda ni dengan kitorang semua, masa tu mak jadi tukang bank, tukang bahagi bahagi duit dengan tanah, bapak aku pula tgk sambil gelak tengok gelagat kami adik beradik semua. Seriusly rindu gila zaman tu..
p/s : ayah aku suka sangat main game ni, dia lah paling expert antara semua orang dalam keluarga kami, sampai bila - bila takkan pecah rekod highscore dia ! hahaha
The Wynn Hotel and Casino | Travelocity
ReplyDeleteThis is an exclusive opportunity to experience Wynn Las 목포 출장마사지 Vegas, its 순천 출장마사지 iconic 고양 출장샵 hotel, casino, restaurants, shopping and more at one 시흥 출장안마 of the 충주 출장안마 world's most renowned